"TERBANGLAH SETINGGI-TINGGINYA SELAGI KITA MAMPU..
DAN ADALAH SEWAJARNYA KITA MAMPU.."

Saturday, 16 February 2013

MENINGKATKAN KEYAKINAN..:-D

3 PUNCA UTAMA kita kehilangan motivasi :

Kurangnya percaya diri - Jika Anda tidak percaya anda boleh berjaya, apa gunanya mencuba?
Kurangnya fokus - Jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, apakah anda benar-benar ingin sesuatu?
Kurangnya arah - Jika anda tidak tahu apa yang harus dilakukan, bagaimana Anda mampu termotivasi untuk melakukannya?





 Pembunuh Utama kepada motivasi diri adalah kurangnya sifat kepercayaan pada diri sendiri. Kebiasaannya ramai  orang yang hanya akan memberi fokus pada apa yang diinginkan sahaja dan mengabaikan apa yang telah dipunyai. Bila kita hanya berfikir tentang apa yang kita  inginkan, fikiran kita secara tidak langsung akan menciptakan penjelasan mengapa kita tidak mendapatnya jika gagal. Seterusnya akan menciptakan fikiran negatif. Kegagalan pada masa lalu, rehat yang kurang, dan kelemahan peribadi akan mendominasi fikiran kita pada waktu itu. Kita menjadi cemburu kepada pesaing kita dan mulai membuat alasan: mengapa kita tidak berjaya seperti apa yang pesaing kita dapat? Pada ketika ini, kita cenderung membuat tindakan tidak baik, malah mendoakan keburukkan pesaing kita, dan hilang kepercayaan kepada diri sendiri.

                                      

Cara terbaik untuk keluar daripada pola pemikiran tersebut adalah dengan melahirkan rasa kesyukuran dengan setiap yang kita ada. Lapangkanlah masa memikirkan perkara-perkara yang positif dalam hidup kita selama ini. Kita seringkali cenderung melihat kejayaan orang lain namun, pada masa sama hanya memikirkan ketidakmampuan kita. Dengan melahirkan rasa kesyukuran, kita akan menyedari sebenarnya kita mampu beroleh kejayaan yang lebih baik dengan kemampuan yang kita sedia ada. Justeru itu, ia akan melahirkan semula semangat untuk kita berjaya seperti orang lain dengan menjadi diri sendiri. Semakin anda berpikir negatif, contoh: Pikiran Anda akan lebih menemukan konfirmasi keyakinan itu. Dengan berpegang pada kata-kata "Saya Boleh''.Minda kita akan bertumpu dengan kata-kata itu. Ketika kita benar-benar percaya dan dan yakin bahawa kita layak untuk berjaya, minda kita akan menghasilkan cara-cara untuk mencapainya.
 "KITA BOLEH!!!"

No comments:

Post a Comment