Untuk memperoleh sebuah kejayaan memang tidak semudah ABC atau 123. Ada banyak tahap yang harus kita jalani sebagai seorang pemula. Walaupun ia merupakan topik yang sudah sering di kongsi oleh para Pakar Internet Marketing, tetapi tidak ada salahnya kalau saya kongsinya berdasarkan pengalaman sendiri selama mengenal dunia Internet.
Ramai yang kita dapati rugi berjuta-juta RM kerana mengikuti program JANA PENDAPATAN INTERNET. Sehingga kita tidak menjadi hairan dan terbiasa jika melihat ramai yang tertipu kecewa. Jika anda memang berminat untuk menjana pendapatan di internet maka ada baiknya untuk anda memahami perkara-perkara berikut:
*$* 1. Perniagaan yang tidak menipu.
Ini sangat penting kerana banyak syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab yang menghalalkan segala cara untuk mendapatkan wang! Jangan sampai anda menjadi korban berikutnya. Anda boleh melihat sendiri orang-orang yang sudah berjaya kerananya, dengan begini tahap awal anda akan lebih muda.
*$* 2. Pilih Perniagaan Internet Online yang telah Terbukti Dan Teruji.
Jika diberi pilihan, perniagaan yang manakah anda mahu? Menyertai perniagaan yang baru ditubuhkan selama 3 bulan atau yang sudah terbukti kukuh selama 3 tahun? Tentunya anda akan lebih yakin untuk menyertai perniagaan yang ke-2 bukan? Sebuah perniagaan yang boleh Survive, Kukuh dan Berkembang selama bertahun-tahun apalagi di dunia perniagaan internet itu menunjukkan bahawa perniagaan itu memang benar-benar menghasilkan wang? Jika tidak, mungkin syarikat tersebut akan gulung tikar di bulan-bulan pertamanya.
*$* 3. Anda ingin ahli affiliate?
Maka nasihatnya, pilihlah Perniagaan yang mempunyai ramai ahli atau anggotanya banyak! Mana yang anda pilih? Menyertai perniagaan yang ahlinya boleh dikira dengan jari atau menyertai dan berdaftar dengan perniagaan yang anggotanya mencapai Ribuan Orang? Tentu sekali anda akan memilih perniagaan yang ke-2 bukan? Jika sebuah perniagaan diikuti oleh ribuan orang bukankah itu bermakna perniagaan tersebut benar-benar menghasilkan wang, benar-benar bagus dan layak untuk di ikuti. Jika perniagaan tersebut tidak menghasilkan wang maka tidak mungkin Ratusan ribu orang mau menyertai.
*$* 4. Perniagaan yang banyak Disyorkan.
Anda mungkin memerlukan nasihat dari seorang Pakar yang ahli di bidangnya. Anda pasti lebih yakin dan serius dalam menjalankan / memilih sebuah perniagaan yang sudah disyorkan oleh banyak pakar atau yang sudah berjaya sebelumnya.
*$* 5. Bijak Bertindak Balas Dengan Promosi.
RM10,000 sehari! Jangan Lepaskan Peluang! Lock Posisi Anda Sekarang! Anda mesti mampu bertindak balas dengan promosi-promosi seperti di atas. Gunalah akal sihat anda. Jangan terbuai dengan angan-angan menjadi jutawan dalam sehari. Ingat, Tidak ada Cara Mudah untuk jadi kaya. Semuanya memerlukan usaha yang berpanjangan. Selain faktor-faktor tersebut, sikap ingin belajar, tekun, sabar dan sanggup bekerja keras adalah kunci utama kejayaan dalam menjana pendapatan dan tentunya harus ada yang mebimbing anda jika ada kesulitan.
*$* 6. Sistem Insentif/ Pelan Pendapatan.
Setelah memahami perkara-perkara di atas. Seterusnya, Fahami pula semua sistem insentif/ pelan pendapatan setiap program menjana pendapatan yang anda ingin sertai terlebih dahulu.Ini adalah sepatutnya menjadi langkah pertama sebelum anda mendaftarkan diri untuk menyertainya. Ada pelbagai pelan pendapatan yang boleh anda perhatikan bagi setiap syarikat dan contoh yang paling banyak adalah sistem matrik. 3x3, 2x16, 5x5 adalah antaranya. Semestinya kebanyakan setiap sistem memerlukan anda merujuk atau menaja ahli-ahli dibawah anda. Jadi anda harus bijak dalam memilihnya. Pilihan sepatutnya menjurus ke arah sistem yang menguntungkan anda. Tetapi, harus diingat, fikirkan sejenak, jika anda memilh sistem itu atau ini, bagaimana anda mampu mendapatkan ahli tajaan? Bagaimana modal yang diperlukan mampu menarik orang ramai? Kesanggupan anda mencari ahli tajaan? dan PALING PENTING, fikirkan, berapa lama syarikat mampu bertahan dengan sistem yang dibuat jika sekiranya tiada AHLI BARU yang menyertai.
Jika syarikat gulung tikar, maka begitu juga ANDA!
Bagi anda yang baru melibatkan diri dengan program-program menjana wang secara online, fahami perkara-perkara di atas sebelum anda memulakannya.Semoga ia mampu membantu anda memilih peluang pandapatan anda di internet dan seterusnya menjadi potensi yang baik untuk anda menjana pendapatan di internet.


Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.
ReplyDelete